Kehadiran Bahasa Arab Di Kepulauan Melayu

 

Waktu kehadiran bahasa Arab ke Nusantara secara umumnya dan ke Malaysia secara khasnya masih belum dapat dipastikan dengan betul. Walau apapun, oleh kerana bahasa Arab ialah bahasa al-Quran dan al-Hadis yang menjadi sumber undang-undang Islam, masa kehadirannya tidaklah sukar ditentukan jika ia dihubungkaitkan dengan masa kehadirannya agama Islam.

Ketibaan Islam bermakna kehadiran bahasa Arab kerana  tak dapat dibahagikan. Bahkan kedua-duanya saling melengkapi antara satu sama lain. Islam tak akan dapat disebarkan tanpa bahasa Arab sebagai penyampaian. hilang Islam sebagai isi kandungan, bahasa Arab sendiri tidak membawa apa-apa kepentingan dan tidak akan berkembang seperti waktu sekarang.

Sebenarnya bermacam pandangan kedatangan Islam ke negeri Melayu telah dikemukakan secara panjang lebar oleh sarjana tempatan dan sarjana Barat. Perbezaan antara pendapat tersebut adalah mengenai dengan waktu, daerah dan faktor kehadirannya.

Secara amnya  terdapat tiga pendapat utama mengenai bagaimana cara Kehadiran Islam dan tarikhnya ialah sama ada dibawa oleh pedagang dan mubaligh Arab atau pedagang India atau pedagang Cina.

Fatimi S.Q. berpandangan Kehadiran Islam ke negeri Melayu adalah secara berperingkat-peringkat. Hubungan paling awal ini dianggarkan bermula pada tahun 671 Masihi iaitu pada abad ke-7 Masehi.

Hamka pula mempunyai teori bahawa ahli sejarah Sir Thomas Arnold mengangarkan Ketibaan Islam ke tanah Melayu adalah pada abad pertama Hijrah berdasarkan kewujudan hubungan perdagangan antara saudagar-saudagar Arab dengan Kanton dan Ceylon.

Seterusnya Abdul Rahman Abdullah pada 1990 berpendapat Islam sampai ke tanah Melayu pada tahun 30 Hijrah iaitu pada zaman Khalifah Uthman Affan (644-656 Masihi).

Bangsa Melayu masa itu secara amnya mudah menerima istilah-istilah Arab dalam kehidupan hari-hari mereka. Oleh kerana itu kita berasa yakin untuk menggunakan faktor ini sebagai asas kukuh dalam pembelajaran bahasa Arab di Malaysia.


Oleh itu, jika perbendaharaan kata dan istilah Arab boleh diterima sebagai sebahagian daripada bahasa Melayu sejak berzaman maknanya pasti bangsa Melayu masa ini senang untuk mengikuti pembelajaran bahasa Arab.

Biodata Penulis

Zaidi a.k.a Pak Lang seorang juruteknik. Beliau telah menghasilkan blog belajar bahasa arab komunikasi di Shah Alam. Pergi ke https://belajarbahasaarabmudah.blogspot.com/ untuk keterangan lebih lanjut